Tahniah diucapkan kepada para athlet dan kontingen Sukan Sea 2012 yang telah mengharumkan nama Malaysia dengan mengumpul 59 Emas, 48 Perak dan 77 Gangsa. Pasukan Bola Sepak Malaysia juga mengekalkan pingat Emas untuk 2 tahun berturut-turut dengan menumpaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada para athlet....MALAYSIA BOLEH.
Harimau baham Garuda...kejayaan ini cukup manis sebab kita mengekalkan pingat emas, sekaligus membuktikan kemenangan emas di Laos pada 2009 bukan kerana nasib.
Ketibaan skuad bolasepak negara di LCCT Sepang disambut oleh beribu-ribu peminat bolasepak Malaysia.
22 NOV 2011: Badrol Bakhtiar dikerumuni penyokong skuad kebangsaan yang ingin bergambar dengannya semasa ketibaan skuad bolasepak Sukan SEA dari Jakarta di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang.